Sksm30 V5 1280 × 360 Px 1


Pembentangan Secara Bersemuka

1. Setiap pembentang diberikan masa selama 15-20 minit termasuk sesi soal jawab.

2. Slaid boleh disediakan dalam format powerpoint atau PDF.

3. Pihak penganjur akan menyediakan komputer riba dan penunjuk laser (laser pointer).

4. Slaid hendaklah dimuat naik sebelum 26 September 2023.


Pembentangan Secara Dalam Talian

1. Pembentang diberi pilihan untuk melakukan pembentangan melalui video atau secara langsung melalui platform Google Meet.

2. Pembentang perlu memastikan capaian Internet berada di dalam keadaan baik supaya tiada gangguan semasa pembentangan.

3. Sekiranya pembentang memilih untuk melakukan pembentangan melalui rakaman video, tempoh rakaman mestilah tidak melebihi 15 minit.

4. Video rakaman hendaklah disediakan dalam format MP4 dengan resolusi sekurang-kurangnya 720p dan fail bersaiz tidak melebihi 100MB.

5. Tiada kekangan bagi alat yang digunakan untuk merakam video pembentangan (rakaman kamera dan lain-lain peralatan boleh digunakan untuk tujuan rakaman).

6. Video rakaman hendaklah memaparkan slaid pembentangan beserta suara latar dengan jelas.

7. Pembentang dinasihatkan untuk tidak mengguna rakaman muzik komersial sebagai muzik latar bagi video anda. Tiada muzik latar adalah lebih baik.

8. Pembentang dikehendaki memuat naik rakaman video dan slaid pembentangan selewat-lewatnya pada 25 September 2023.

Template Subbar Copy 1 1 1 1
SECURITY POLICY   |   PRIVACY POLICY   |   DISCLAIMER   |   COPYRIGHT
Copyright © 2023 SKSM30 IMK UniMAP. All Rights Reserved.
error: Content is protected !!