Sksm30 V5 1280 × 360 Px 1

Hotel Raia & Pusat Konvensyen Alor Setar

Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri 24 Edisi Khas akan menganjurkan “Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-30 (SKSM30)” di Hotel Raia, Kedah pada 26 dan 27 September 2023.

Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-30

Untuk makluman,  Siaran Youtube Live Streaming juga akan disiarkan di halaman UniMAP TV bagi empat atur cara berikut:

1)  Majlis Perasmian SKSM30
       26 September 2023
       11 am – 12 pm

2)  Ucapan Pengucaptama I
      26 September 2023
      12.15 pm – 1.15 pm

3)  Ucapan Pengucaptama II
      27 September 2023
      10.30 am – 11.30 am

4) *Majlis Penutup SKSM30
27 September 2023
11.30 am – 12.15 pm

*Pemenang Makalah Terbaik SKSM30 akan diumumkan ketika Majlis Penutup SKSM30.

Sksm30 V3 1

Persidangan SKSM30

Hari
Jam
Minit
Saat
26-27 September 2023

Pengenalan

Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara  bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan idea-idea inovatif di kalangan ahli akademik, dan 

pakar-pakar, saintis,  penyelidik di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. SKSM30 merupakan antara wadah besar bagi ahli sains dan matematik daripada pelbagai varian bidang di Malaysia berkumpul, bertukar-tukar fikiran, menjalinkan hubungan kerjasama untuk kebaikan bersama khususnya dalam memartabatkan ilmu sains dan matematik kebangsaan. Pada edisi yang ke 30 ini, Universiti Malaysia Perlis menerusi Institut Matematik Kejuruteraan telah dipilih bagi menganjurkan seminar ini. 

Objektif

  • membentangkan penemuan terkini penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan matematik.
  • sebagai tempat pertemuan dan perkongsian ilmu serta maklumat di kalangan cendikiawan dan akademik.
  • mengenal pasti projek-projek strategik jangka panjang yang boleh dibangunkan bersama.
  • memaklumkan kepada masyarakat tentang peranan IMK dan bidang-bidang teras penyelidikan yang dijalankan.

Penerbitan

  • Kertas kerja penuh akan dinilai dan dipertimbang untuk diterbitkan di dalam jurnal/prosiding berikut:
    • AIP Conference Proceedings –  diindeks dalam Scopus
    • Jurnal AMCI – diindeks dalam MyCite
    • Menemui Matematik – diindeks dalam MyCite
  • *Keputusan akhir penerbitan kertas kerja adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh prosiding dan jurnal. Semua kertas kerja penuh yang sudah dinilai dan diterima dijangka akan diterbitkan selepas Ogos 2024.

Mod Persidangan: HibridBersemuka & Secara Maya

Pengucaptama SKSM30

Sains Matematik Pemangkin Kemajuan Teknologi Sejagat

Template Subbar Copy 1 1
SECURITY POLICY   |   PRIVACY POLICY   |   DISCLAIMER   |   COPYRIGHT
Copyright © 2023 SKSM30 IMK UniMAP. All Rights Reserved.
error: Content is protected !!